Apa rasa hati jika tidak dihargai? Apa rasa hati jika diri tidak di mata mereka?
Seorang anak - sering dipandang rendah, dihina, diragui & dipinggir hanye dek krn kesilapan lalu....mulut dimaafkan tapi realiti menidakan kemaafan itu....pilihan hati sering dipinggir. Bak kate org Black Sheep....
Seorang kakak - disebabkan orang tua dah terbiasa dgn apa yg dibuat, ank2 pasti mengikut apa yg diajar....hormat terhadap si kakak hilang, pendapatnya sering dipinggir, org luar lagi sgp disanjung walhal bila2 masa boleh dipisahkan sedangkan darah daging sendiri dipulaukan, mana perginya bidalan "air dicincang tak kan putus", walhal kasih syg si kakak terhadap si adik tak pernah kurang. Rahsia digenggam erat, kala susah berusaha dibantu. Kemana perginya semua itu?
Seorang ibu - dirinya tahu akan status diri ibu tiri. Ibu tiri yg selalu mengalah utk tidak mahu dituduh perampas ksh syg ayah mereka, yg selalu cuba utk memuaskan hati & tunaikan segala impian mereka. Namun msh belum dipandang & dihargai oleh anak2nya. dirinya msh tidak difahami oleh anak2nya, seolah-olah msh ada tembok antara mereka. Kita telah dididik oleh agama taraf ibu kandung & ibu tiri adalah sama, perlu sama dihormati, perlu sama dihargai, perlu sama disayangi tiada beza antara mereka. Terusik hati ibu tiri samalah dosanya jika kita menyakiti hati ibu kandung kita. Namun cara hidup kita mengajar sebaliknya....terusik lagi hati ini....
Seorang isteri - saat pertama kita dipertemukan hati cuba utk terima dirimu seadanya....terima segala kekurangan & kelebihan dirimu. Saat kita di ijab kabulkan, hati cuba utk terus menyayangi dirimu sepenuh hati. Saat dirimu dlm kesakitan & jatuh, diri ini cuba utk terus bersama & berdiri bersamamu.....namun hati masih terusik kala org disekeliling memandang rendah akan kesetiaan kita & meragui keserasian kita, dirimu sentiasa ku hargai walau masih disulami dugaan....
Kembara akan berterusan dlm meniti arus kehidupan.......

No comments:
Post a Comment